Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak, Isak Ngau.

Sistem ART di Sarawak perlu mesra OKU

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 2 April: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) yang bakal diperkenalkan Kerajaan Sarawak perlu mengambil kira keperluan Orang Kurang Upaya (OKU).

Perkara itu disuarakan Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak, Isak Ngau yang mahukan kajian mendalam dijalankan sebelum projek tersebut dimulakan.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Prototaip ART berkuasa hidrogen siap, jalani ujian ‘Proof-of-Concept’ di China
  2. 2. Tiga projek jalan raya, laluan ART di jalan Gedong-Serian dibina tahun ini
  3. 3. Pelaksanaan projek ART di Bintulu bermula 2025
  4. 4. Sistem ART hidrogen langkah pertama penyahkarbonan

“Kerajaan Sarawak dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) haruslah melibatkan keperluan OKU dalam pelaksanaan sistem ART dan melakukan kajian mengenainya bagi mengenal pasti keperluan OKU sebelum ia dilaksanakan.

“Ini kerana, sekiranya ART sudah dilaksanakan sepenuhnya, maka sukar untuk ia diubah,“ katanya dalam  kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Isak berkata, saranan untuk menjalankan kajian itu perlu dipandang serius disebabkan keperluan bagi setiap OKU adalah berbeza memandangkan OKU mempunyai beberapa kategori, antaranya masalah fizikal, masalah penglihatan, masalah pembelajaran dan sebagainya yang mana setiap kategori tersebut memerlukan kemudahan yang berlainan di dalam ART.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak memaklumkan sistem ART pertama yang bakal tiba di Sarawak pertengahan tahun ini akan menjalani Latihan Pengesahan Konsep (POC) di Lebuh Raya Kota Samarahan.

Menurut Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz, ART yang dikuasakan dengan tenaga hidrogen akan mengambil masa kira-kira satu tahun untuk diuji di lebuh raya berkenaan.

Tambah Aziz, setakat ini hanya satu unit ART yang telah siap dan SEDC komited untuk membawa lebih banyak ART tahun hadapan.

“Tahun depan, kemungkinan kita akan membawa masuk tiga atau empat unit ART ke Sarawak, ia sekali gus membolehkan Sarawak memulakan operasi komersial pada penghujung tahun 2025,” katanya.

Beliau menambah, laluan yang bakal digunakan ART di Kota Samarahan ialah Depo Rembus yang merupakan depo transit ART di Kota Samarahan.

Jelasnya, prototaip ART tersebut yang berukuran 30.2 meter panjang, 2.65 meter lebar dan 3.7 meter tinggi mampu mencapai kelajuan sehingga 70 kilometer sejam yang boleh memuatkan seramai 241 penumpang dalam satu masa. -TVS

Tags: ART, oku, sarawak, SEDC

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan