Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menghadiri taklimat daripada Majlis Daerah Betong, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Jabatan Saliran dan Pengairan Sarawak mengenai perkembangan pelaksanaan Projek RTP di Spaoh. Foto: MIPD Media.

Projek RTP di kawasan Bukit Saban capai 91.39 peratus siap sejak 2015 – Uggah

ByMuqri Aziz

SPAOH, 1 April: Pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Bukit Saban kini mencapai 91.39 peratus siap bagi tempoh tujuh tahun sejak 2015.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sebanyak 138 projek daripada 151 projek RTP telah berjaya dilaksanakan dan 13 projek lagi dijangka akan bermula tidak lama lagi termasuk pembinaan dua buah padang futsal atas sumbangan syarikat swasta dibawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas melakukan lawatan selepas diberi taklimat oleh Majlis Daerah Betong, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Jabatan Saliran dan Pengairan Sarawak mengenai perkembangan pelaksanaan Projek RTP di Spaoh. Foto: MIPD Media.

“Kita masih belum menentukan tapak (pembinaan padang fustal) kerana kita masih mencarinya dan ia adalah satu tambahan yang amat dialu-alukan untuk kemudahan sukan yang dinikmati kita sekarang.

“Jadi, kita amat berterima kasih kepada mereka atas inisiatif itu yang akan menggalakan aktiviti sukan serta kesihatan yang lebih baik terutamanya dalam kalangan belia kita,” katanya.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata demikian selepas diberi taklimat oleh wakil badan pelaksana iaitu Majlis Daerah Betong, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Jabatan Saliran dan Pengairan Sarawak mengenai perkembangan pelaksanaan projek pada Jumaat.

Uggah turut mencadangkan agar ruang di hadapan pasar baharu dan berhadapan dengan Sungai Paku itu dijadikan sebagai satu lagi kawasan rekreasi serta medan selera.

“Kita mahu Spaoh menjadi sebuah bandar yang meriah untuk penduduknya ditambah dengan pembinaan sebuah lapangan terbang pada tahun depan yang dipercayai akan menjadi pendorong untuk pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kita yang lebih baik.

“Adalah menjadi harapan kita bahawa penduduk di sini akan terus memberikan kerjasama dan sokongan yang erat kepada kita khususnya dalam pelaksanaan projek sosioekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan mereka,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan