Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian (tiga kiri) menerima cenderahati daripada Kaunselor Tan Kai (tiga kanan) selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli MPP sesi 2023-2025. Foto: Mohammed Raffiq (TVS).

Dana bangunkan Padawan akan diteruskan – Dr Sim

ByRegina Lee

KUCHING, 1 April: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan diperuntukkan dana untuk tujuan menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan kawasan seliaan, kata Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Timbalan Premier Sarawak itu mengakui kerajaan Sarawak akur dengan situasi semasa berhubung kos penyelenggaran yang kian meningkat berikutan wabak COVID-19 yang melanda negara pada tiga tahun lalu.

“Di bawah pimpinan Premier Sarawak, beliau akan terus memperuntukkan lebih banyak dana kerana orang awam tidak menyedari bahawa hasil kutipan wang majlis sangat terhad untuk tujuan servis perkhidmatan.

“Ini kerana kos kutipan sampah, penyelenggaraan lampu jalan serta pemotongan rumput meningkat. Satu-satunya kos yang tidak meningkat adalah elektrik,” katanya.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Kerjasama MPP, agensi kerajaan lestari kawasan seliaan – Tan Kai
  2. 2. 32 orang Ahli MPKS angkat sumpah pelantikan semula

Tambah beliau, pihak MPP pada masa sama turut mencari alternatif untuk meningkatkan hasil pendapatan majlis perbandaran tersebut memandangkan ia mempunyai bidang kuasa yang terbesar di Sarawak.

Selain itu, mengulas lanjut mengenai bangunan baharu Majlis Perbandaran Samarahan (SMC), kata Dr Sim ia kini masih dalam perancangan.

Menurutnya Premier Sarawak mahu majlis perbandaran itu dapat dijadikan sebagai bangunan yang boleh digunapakai oleh orang awam, bukan sekadar untuk tujuan rasmi sahaja.

“SMC juga akan mempunyai bangunan baharu kerana Premier Sarawak berfikiran bahawa bangunan baharu itu bukan sekadar untuk kemudahan kakitangan dan para kaunselor, tetapi juga lebih banyak kemudahan awam yang boleh dipakaiguna oleh orang ramai.

“Mereka boleh datang ke bangunan majlis dan menggunakan kemudahan awam seperti auditorium, perpustakaan, ruang luaran dari hanya ke majlis untuk tujuan membayar saman sahaja,” katanya lagi semasa berucap di Majlis Angkat Sumpah 31 Ahli-ahli MPP sesi 2023-2025 di sini, hari ini.

Terdahulu seramai 19 ahli majlis yang baharu mengangkat sumpah serta diikuti 12 ahli lama yang dikekalkan untuk satu penggal lagi, bermula dari 1 April 2023 sehingga 31 Mac 2025.

Majlis itu menyaksikan Kaunselor Tan Kai menggantikan Lo Khere Chiang sebagai Pengerusi MPP yang baharu, kemudian diikuti oleh Kaunselor Abang Ismawi Abang Ali sebagai Timbalan Pengerusi MPP yang baharu menggantikan Dato Ahmad Ibrahim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan