Search
Close this search box.
Datuk Nelson Balang Rining menyampaikan sumbangan kewangan untuk FAS kepada Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman di Kuching, hari ini. Foto: TVS

FAS intai lebih banyak rakan strategik, dorong pembangunan bola sepak Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 31 MAC: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengintai lebih banyak peluang untuk menjalin kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat korporat.

Presidennya Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman berkata, usaha ini bertujuan untuk mencapai matlamat badan induk bola sepak Sarawak itu ke arah yang lebih baik menerusi perancangan jangka masa panjang.

“FAS mempunyai perancangan strategik bermula tahun ini sehingga 2032 dan untuk merealisasikan matlamat itu kita memerlukan sumber kewangan yang stabil.

“Syukur ramai tampil membantu dan dari segi rakan strategik daripada syarikat-syarikat korporat di Sarawak kita amat mengalu-alukan sekiranya mereka sudi untuk menjadi rakan strategik kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan cek sumbangan oleh Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) kepada FAS di sini, hari ini.

Menurut Abang Zulkarnain lagi bola sepak Sarawak perlu diperkasakan, justeru sumbangan yang telah disalurkan oleh pihak LAKU amat bermakna ke arah mencapai sasaran perancangan 10 tahun itu.

“Kita cukup berterima kasih kepada pihak LAKU yang telah tampil sebagai pihak pertama menyahut seruan dan pelawaan FAS.

“Kami akan berbincang dengan rakan strategik lain yang berpotensi untuk bekerjasama selaku rakan strategik FAS,” ujarnya.

FAS menerima sumbangan RM20,000 yang disampaikan Pengerusi LAKU, Datuk Nelson Balang Rining.

Nelson berkata, sumbangan ini diharap dapat membantu FAS membangunkan sukan bola sepak Sarawak.

Turut hadir pada majlis ringkas itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif LAKU Daniel Punang dan Naib Presiden FAS Khairulddin Qalam Daud. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan