Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyerahkan surat jemputan rasmi Program Nuzul Al-Quran kepada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada kunjungan hormat di Kuching, hari ini. Foto: JaPen

Tun Taib terima kunjungan hormat Jawatankuasa Pengelola Program Nuzul Al-Quran 1444H2023M Peringkat Negeri

KUCHING, 30 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengelola Program Nuzul Al-Quran 1444H/2023M Peringkat Negeri di sini, hari ini.

Kunjungan hormat yang diketuai Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bertujuan menjemput Tun Taib dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib bagi menyempurnakan Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 7 April 2023 di Masjid Besar Darul Ma’Mur, Lawas. 

Majlis Islam telah memilih Lawas sebagai tempat penganjuran Majlis Nuzul Al-Quran tahunan kali ini yang akan dimulai pada waktu Solat Maghrib kemudiannya Iftar, Tazkirah, Solat Isyak dan Tarawih.

Majlis tersebut juga akan dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Dato Dayang Morliah serta jemputan kenamaan lain termasuk ketua-ketua jabatan, pemimpin tempatan serta warga setempat yang dianggarkan sekitar 1,300 orang. 

Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yasin, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ustaz Khalidi Ibrahim dan Residen Limbang Unus Tambi. – Jabatan Penerangan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan