Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang menyampaikan sumbangan Ramadan kepada klien AADK pada Majlis Sepetang Bersama SABATI di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

SABATI beri sokongan sosial kepada klien AADK

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 30 Mac: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Sarawak (AADK) hari ini menganjurkan program Sepetang Bersama SABATI 2023 bagi meringankan beban klien Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Di samping majlis berbuka puasa, program tersebut bertujuan menggerakkan dan memantapkan sistem sokongan bantu sosial melalui alumni kepulihan serta pakar berpengalaman.

Seramai 35 klien AADK Sarawak menerima sumbangan Ramadan 2023 berupa baucar makanan dengan tema ‘Dariku Untukmu Bersama SABATI’ di Pustaka Negeri Sarawak di sini.

Majlis disempurnakan Presiden SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang juga merupakan isteri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama, Pengarah AADK Sarawak, Iskandar Turkee dan Pengerusi Pusat Pengajian Islam Ma’had Darul Falah, Kamaludin Sarkawi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan