Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek Lapangan Rekreasi Limbang dijangka siap Julai tahun ini. Foto: TVS.

Projek Lapangan Rekreasi Limbang dijangka siap Julai ini – Dr Abdul Rahman

LIMBANG, 30 Mac: Projek Lapangan Rekreasi Limbang bernilai RM15 juta yang menjadi satu lagi venue utama untuk sukan-sukan lasak di utara Sarawak dijangka siap pertengahan Julai tahun ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Landskap Negara dijangka siap awal daripada jadual sepatutnya.

Projek itu kini mencapai kemajuan pembinaan 87 peratus berbanding 63 peratus jadual yang ditetapkan.

Menurutnya lagi, pelbagai acara sukan dan kebudayaan akan dapat dilaksanakan di daerah berkenaan apabila siap kemudahan itu sekali gus menjadi satu lagi kawasan pelancongan utara Sarawak apabila siap kelak.

“Kalau mengikut tarikh asal ia sepatutnya siap pada 14 September tahun ini, tapi saya tadi menerima jaminan daripada kontraktor bahawa ia boleh siap awal,” katanya ketika ditemui TVS pada lawatan kerja ke tapak Projek Pembangunan Lapangan Rekreasi Limbang di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Residen Limbang, Jamalie Busri.

Datuk Dr Abdul Rahman ketika melawat tapak Projek Lapangan Rekreasi Limbang. Foto: TVS.

Katanya projek ini sangat penting untuk menambah kawasan riadah, rekreasi dan sukan lasak seperti drag race, perlumbaan motosikal kapcai dan sebagainya iaitu antara sukan yang diminati golongan belia.

Penganjuran pelbagai acara sukan ini jelasnya bukan saja dapat memperkenalkan Limbang sebagai venue utama sukan lasak di utara Sarawak malah mampu menggalakkan golongan belia menyertai aktiviti sihat dan berfaedah.

“Saya percaya dengan siapnya pusat rekreasi ini akan menambah baik sistem tempat untuk beriadah di Limbang dan ia boleh juga dijadikan sebagai satu lagi tarikan pelancong ke Limbang.

“Saya berharap supaya mereka yang terlibat dalam projek ini akan berusaha untuk memastikan projek ini akan siap dan dapat memenuhi hasrat penduduk kita di Limbang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan