Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat kargo gergasi, Antonov An-124-100 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada Ahad lepas. Foto: TVS.

Pesawat kargo gergasi di Kuching hantar dua helikopter milik Hornbill Skyways

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Mac: Pesawat kargo gergasi, Antonov An-124-100 yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada Ahad lepas bertujuan menghantar dua helikopter milik Hornbill Skyways.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin ketika ditemui media pada satu majlis di sini, hari ini.

Pesawat kargo gergasi, Antonov An-124-100 yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). Foto: TVS.

“Ya, betul kapal kargo itu menghantar dua helikopter untuk Hornbill Skyways,” katanya.

Menurut laporan media, Antonov An-124-100 merupakan antara pesawat kargo terbesar di dunia sehingga boleh memuatkan 150 tan kargo.

Kapal terbang berkenaan berlepas dari KIA pada petang Selasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan