Search
Close this search box.
PDRM memaklumkan seorang anggotanya yang menembak diri sendiri pada bulan lepas di Pulau Pinang mempunyai masalah kesihatan. Foto TVS.

Parlimen: Persekitaran tempat kerja antara punca polis hadapi masalah mental

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Persekitaran tempat kerja dikenal pasti antara faktor yang menyebabkan masalah mental dalam kalangan anggota polis, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, punca lain yang menyumbang kepada perkara itu ialah disebabkan oleh tekanan dan status kesihatan anggota.

Ujar beliau, dapatan berkenaan diperolehi berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Faktor tekanan itu termasuklah akibat seseorang itu kecewa dalam perhubungan dan mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri di penempatan baharu.

“Selain itu, dia juga gagal untuk mengawal daya tindak diri, rasa kesunyian kerana berjauhan dari keluarga serta mempunyai masalah dalam perkahwinan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (Pakatan Harapan – Sri Gading) yang ingin tahu faktor yang menyumbang kepada gangguan kesihatan mental dalam kalangan anggota polis.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, bagi mengatasi masalah berkenaan, langkah keseluruhan yang dilaksanakan ialah mengkaji modul latihan secara berkala.

Selain itu katanya, program sedia diperhebatkan supaya pihaknya dapat mengenal pasti punca dengan lebih tepat.

“Bukan sekadar secara rambang atau tangkap muat, kerana itu merupakan keutamaan kita ketika ini,” katanya.

Sementara itu, menurut beliau, pihak yang bertanggungjawab mengenai kesihatan mental anggota polis ini ialah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Buat masa ini, terdapat seramai 109 orang kaunselor di Bukit Aman, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) gred A yangh Ketua Polis Daerah itu berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).

“Selain itu, kita juga mempunyai seramai 711 yang dipanggil sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan