Search
Close this search box.
Gambar fail pada 10 Mac ini menunjukkan mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring dengan kesan muka lebam dan berdarah dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul. Foto: PDRM

Dua suspek kes bunuh pekerja ladang di Lundu ditangkap

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 30 Mac: Polis berjaya menangkap dua lelaki tempatan yang merupakan suspek kes bunuh seorang pekerja ladang kelapa sawit di Lundu di hadapan bangunan CIQ Biawak, Lundu, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata senjata untuk menyerang mangsa turut dirampas bersama penahan dua suspek yang berumur 24 dan 25 tahun.

Baca artikel berkaitan >>>>> Pekerja ladang sawit ditemukan mati dipercayai mangsa bunuh

Menurut Mohd Azman, siasatan lanjut akan dijalankan secara terperinci dari pelbagai sudut.

“Hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Hasil siasatan awal katanya kedua-dua suspek bertindak agresif dengan menyerang mangsa di bahagian kepala dan muka sehingga maut di tempat kejadian.

Beliau memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 11 Mac lepas, mangsa dikenali sebagai Alexander Bida, 25, dijumpai dalam keadaan terbaring dengan kesan muka lebam dan berdarah dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan