Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia, Joko Widodo. Foto: Biro Pers Istana (BPMI)

Presiden Jokowi: Pegawai kerajaan dilarang anjur majlis buka puasa

ByTVS

JAKARTA, 28 Mac: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan agar ketua dan pegawai jabatan Kerajaan atau Aparatur Sipil Negara (ASN) tidak mengadakan sebarang majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Perkara itu ditegaskan Jokowi dalam satu kenyataan hari ini di Istana Merdeka.

Menurut kenyataan itu, Jokowi juga menjelaskan bahawa arahan itu dikeluarkan oleh kerajaan berhubung terdapat banyak kehidupan pegawai kerajaan semasa yang menjadi tumpuan rakyat, justeru beliau meminta pegawai kerajaan mengutamakan semangat kesederhanaan dalam menyambut bulan Ramadan 1444 H.

“Saya minta pegawai kerajaan menyambut bulan puasa tahun ini dengan semangat kesederhanaan, tidak berlebihan dan data mengalihkan peruntukan iftar kepada aktiviti yang lebih bermanfaat,” katanya.

Tegas Jokowi, pengendalian COVID-19 kini dalam peralihan daripada pandemik kepada endemik, menyebabkan langkah berjaga-jaga masih diperlukan.

Sehubungan itu semua perancangan majlis berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan tahun ini terpaksa dimansuhkan dan digantikan kepda memberi pampasan kepada fakir miskin, anak yatim, kepada orang yang sangat memerlukan termasuk mengadakan pasar murah untuk masyarakat.

Jokowi juga memberitahu bagaimanapun arahan itu tidak terpakai kepada orang awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan