Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai Penjara Limbang mengagihkan bubur lambuk kepada para pengguna jalan raya. Foto: TVS.

Penjara Limbang berkongsi rezeki, galak bersedekah melalui pengagihan bubur lambuk

LIMBANG, 28 Mac: Pegawai dan kakitangan Penjara Limbang hari ini mengagihkan 30 bungkus bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.

Pengarah Penjara Limbang, Penolong Pesuruhjaya Penjara (PKP), Jaafar Timbang berkata program julung kali itu diadakan bukan saja mencari keberkatan Ramadan tetapi berkongsi rezeki dengan menggalakkan amalan bersedekah.

Bubur lambuk turut diserahkan kepada pegawai dan anggota Penjara Limbang. Foto: TVS.

“Lebih istimewa warga Penjara Limbang bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai khususnya pengguna jalan utama ke kompleks Penjara Limbang,” katanya kepada media hari ini.

Jaafar berkata program santai Itu berlangsung selama 25 minit bermula jam 3 petang sebelum solat Asar.

Program berkenaan katanya akan diteruskan lagi pada masa hadapan dan menjadi program tahunan Penjara Limbang setiap kali bulan Ramadan tiba setiap tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan