Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini.Foto Bernama.

Parlimen: SPRM tidak tertakluk bawah arahan saya – Anwar

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan tugasnya secara bebas mengikut perundangan dan tidak tertakluk di bawah arahan Perdana Menteri.

Menurut Perdana Menteri, atas faktor berkenaan, beliau membuat keputusan untuk tidak menukar Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika dilantik memegang jawatan berkenaan pada November tahun lepas.

Ujar Anwar, keputusan untuk mengekalkan Tan Sri Azam Baki ialah bagi memastikan tidak timbul persepsi bahawa Perdana Menteri akan melantik Ketua Pesuruhajaya baharu.

“Saya tidak tukar Ketua SPRM yang dilantik oleh Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan peruntukan undang – undang sekarang ini menjamin kebebasan SPRM,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Perikatan Nasional – Masjid Tanah) yang meminta Perdana Menteri menyatakan kesediaan kerajaan melaksanakan syor oleh Transparency International Malaysia (TI-M) supaya SPRM diletakkan di bawah Parlimen dan bukan lagi di bawah JPM bagi memastikan proses semak dan imbang agensi itu lebih bebas.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau bersikap terbuka terhadap cadangan untuk memperkukuhkan SPRM seperti yang dilakukan oleh beberapa bekas Perdana Menteri sebelum ini.

“Dalam peraturan sekarang, ada jawatankuasa khas mengenai rasuah, lembaga penasihat, pencegahan rasuah, jawatankuasa aduan, panel penilai operasi dan panel perundingan,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan tidak semestinya memperkenalkan perubahan hanya bersandarkan syor dikemukakan oleh TI-M sebaliknya beberapa pihak perlu dilibatkan sebelum membuat keputusan.

“Syor ini (TI-M) harus dikemukakan kepada jawatankuasa pilihan khas parlimen untuk teliti supaya keupayaan SPRM akan dapat ditingkatkan, supaya tidak ada campur tangan yang dibimbangi (ganggu) usaha membanteras rasuah dalam negara kita,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan