Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian bercakap kepada TVS selepas hadir Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi di Parlimen hari ini. Foto TVS.

Parlimen: Sibu bukan lagi ‘bandar denggi Malaysia’ – Dr. Sim

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Kawasan penempatan di Bukit Assek, di Sibu, Sarawak kini tidak lagi menjadi lokaliti yang mencatatkan kes denggi tertinggi di negara ini.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, perkembangan itu berlaku selepas Kerajaan Sarawak mengambil beberapa langkah proaktif untuk mengatasi masalah itu.

Dr. Sim berkata, bergerak ke hadapan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga menekankan pembaharuan melibatkan pembangunan di Sibu supaya wabak denggi dapat diatasi.

Sarawak catat kes denggi paling rendah.

“Rumah di kawasan itu berada di kawasan rendah dan terdapat juga banyak takungan air yang menyebabkan penyebaran demam denggi (melalui nyamuk aedes) di sekelilingnya.

“Oleh itu, Premier Sarawak inginkan pembangunan semula bagi kawasan Bukit Assek di Sibu (yang lebih terancang),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Sementara itu, beliau memberitahu, Sarawak merupakan negeri yang mencatatkan peratusan kenaikan kes denggi paling rendah dengan kadar 4.5 peratus bagi tempoh tahun lepas hingga tahun ini.

“Perkembangan ini disumbang oleh pemantauan berterusan terhadap wabak denggi pada setiap minggu.

“Sarawak hanya mengalami sedikit peningkatan kes denggi iaitu 154 kes kepada 168 kes,” katanya.

Berkenaan hasil mesyuarat berkenaan, Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, kerajaan negeri bersetuju terhadap cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa kabinet di peringkat tertinggi dalam usaha membincangkan langkah-langkah mengurangkan kes denggi.

Kata beliau, perbincangan lanjut akan diadakan bersama Abang Johari mengenai jawatankuasa tersebut.

“Kemungkinan jawatankuasa berkenaan di Sarawak akan dipengerusikan oleh Premier Sarawak atau Timbalan Premier bersama-sama dengan agensi yang lain.

“Antara yang terlibat ialah majlis tempatan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan Sarawak boleh terus menjadi negeri yang paling rendah dari segi kenaikan kes denggi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan