Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai beratur di luar perkarangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Negeri Sembilan bagi mengemas kini maklumat peribadi untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua. Foto Bernama.

Parlimen: Permohonan STR cecah 574,886 setakat hari ini

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat hari ini, kerajaan menerima tambahan 574,886 permohonan baharu bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Menurut Perdana Menteri, pembayaran fasa pertama STR telah dilaksanakan pada 17 Januari lepas membabitkan seramai 8.7 juta penerima.

Kata beliau, inisiatif itu juga melibatkan pembayaran berjumlah RM1.67 bilion manakala fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 5 April ini.

“Pembayaran fasa ketiga akan dilakukan pada Ogos atau selewat-lewatnya Oktober.

“Berdasarkan kajian, setakat 15 Mac lalu, terdapat sejumlah 123,243 ketua isu rumah (KIR) dalam kalangan miskin tegar telah berdaftar eKasih namun saya kembangkan kepada jumlah 130,000 KIR kerana bimbang ada beberapa jumlah baharu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (Barisan Nasional -Jelebu) yang ingin tahu kemajuan usaha Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan kemiskinan secara holistik di negara ini.

Sementara itu, Anwar berkata, STR diberikan kepada sembilan juta penerima kerana ia meliputi mereka yang dalam kategori miskin tegar.

“Oleh kerana (penglibatan) semua jabatan dan kementerian, saya yakin jumlah 130 000 yang disebut, mampu untuk ditangani (menerima bantuan) pada tahun ini juga,” katanya.

Berhubung Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) pula, Anwar berkata, usaha berkenaan mendapat maklum balas positif dan kerajaan menggunakan kaedah penyemakan yang lebih berkesan untuk memastikan golongan sasaran mendapat manfaat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan