Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), yang juga Menteri Kewangan bergegas hadir ke Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama.

Parlimen: Peguam Negara diarah kaji mekanisme siasat aduan terhadap penguatkuasa

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Jabatan Peguam Negara diarahkan supaya mengkaji mekanisme tunggal yang boleh digunakan untuk melakukan siasatan terhadap semua agensi penguatkuasaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, kaedah yang dicadangkan kelak itu boleh digunakan sekiranya wujud dakwaan terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata Anwar, perkara berkenaan tidak sukar untuk dilaksanakan kerana sudah ada cadangan awal namun perlaksanaannya akan diperhalusi.

“Mekanisme ini dalam bentuk sama ada suruhanjaya, saya belum pasti tetapi sudah ada arahan kepada Jabatan Peguam Negara untuk kemukakan cadangan supaya badan penguatkuasa ini tidak siasat sendiri (sekiranya ada tuduhan) tetapi ada badan lain yang bebas yang akan siasat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (Pakatan Harapan – Damansara) yang ingin tahu langkah – langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan wujud siasatan bebas sekiranya wujud dakwaan terhadap badan penguatkuasa khususnya pegawai tertinggi SPRM.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau mempunyai pendirian yang konsisten iaitu keperluan siasatan telus sekiranya wujud tuduhan terhadap badan penguatkuasaan.

“Ia ada kaitan, bukan sahaja SPRM, polis, Kastam, Imigresen (kerana) bila ada dakwaan atau tuduhan, maka badan yang ditubuh ialah badan dalaman untuk siasat dan ini dipertikai,” katanya.

Kata Anwar sebelum ini SPRM dicadangkan untuk melakukan siasatan terhadap polis sekiranya wujud dakwaan namun perkara itu dipertikaikan kerana seolah – olah hanya ditujukan kepada polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan