Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menerima kunjungan hormat Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi. Foto: UNIMAS

MOTS terima kunjungan hormat UNIMAS

ByRegina Lee

KUCHING, 28 Mac: Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menerima kunjungan hormat Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan delegasi di pejabatnya di Petra Jaya, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Kadim  memberi taklimat kepada Lee mengenai bidang kepentingan yang pihak UNIMAS ingin berkerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS).

Perbincangan itu memberi tumpuan kepada langkah kemajuan untuk meningkatkan sektor pengangkutan di Sarawak serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.

Menurut Kadim, pengurusan trafik bandar, keselamatan jalan raya dan penyelidikan dalam pengangkutan dan logistik merupakan antara potensi bidang kerjasama UNIMAS dan MOTS.

“Selain itu, pertemuan ini turut membincangkan potensi penyelidikan bagi menyelesaikan isu gangguan bekalan air yang menimbulkan masalah kepada sistem pengangkutan sungai di Sarawak,” katanya.

Lee memberi galakan terhadap UNIMAS melalui pakar-pakar mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri, terutamanya dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui untuk industri pengangkutan yang hijau, selamat dan mampan seperti tenaga hidrogen untuk menggerakkan sektor pengangkutan pada masa akan datang.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Inovasi dan Penyelidikan) UNIMAS, Profesor Dr Wan Hashim dan Ketua Bahagian Pengangkutan Darat dan Logistik Kementerian Pengangkutan Sarawak, Julin Alen. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan