Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat dari Duta Besar Croatia di Malaysia Dr. Ivan Velimir Starcevic di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini. Foto: Pejabat Premier Sarawak.

Croatia mahu ikut jejak Sarawak terokai ekonomi hijau

BySalasiah Safian

KUCHING, 28 Mac: Croatia berhasrat menjadikan Sarawak sebagai contoh untuk meneroka bidang ekonomi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Menurut Duta Besar Croatia di Malaysia Dr. Ivan Velimir Starcevic, terdapat banyak potensi pelaburan yang dilihatnya di Sarawak, khusus dalam bidang tersebut.

“Sarawak sangat menumpukan kepada ekonomi hijau seperti hidrogen, serta sumber tenaga boleh diperbaharui yang lain. Kami di Croatia cuba mengikuti jejak langkah tersebut. Kami juga sedang mencari rakan kongsi baharu dalam bidang ini,” katanya.

Croatia ikut jejak Sarawak bangunkan ekonomi hijau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Malah kata Dr. Ivan pihaknya akan ke Bintulu pada petang Rabu untuk perbincangan lanjut.

Tambah beliau, pihaknya sangat berminat dalam bidang ini bahkan mereka turut mengintai peluang untuk bekerjasama dalam sektor pelancongan di Sarawak.

Ini kerana baginya Sarawak dan Croatia masing-masing mempunyai tempat-tempat yang menarik.

Rombongan tersebut yang tiba di Kuching pada Isnin akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.

Ini merupakan pertama kali rombongan tersebut mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan