Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 5 | Resipi Ayam Pansuh dan Tempoyak Goreng

ByTVS

Aroma Sungkei Episod 5 sudah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Isnin (27 Mac).

Dua masakan yang dipertontonkan ialah Ayam Pansuh dan Tempoyak Goreng. Ingin cuba menyediakan dua hidangan ini? Nah, kami kongsikan resipi. Selamat berbuka puasa!

Ayam Pansuh

Bahan-bahan:

500g Ayam

150g pucuk ubi

Tiga batang serai

Tiga inchi halia

1/2 batang bunga kantan

Tiga batang Tepus

Garam

 

Cara memasak:

  1. Sediakan 5 cawan air & biarkan mendidih
  2. Masukkan halia, serai & bunga kantan yang dimayang halus
  3. Biarkan mendidih selama 2 minit
  4. Masukkan ayam & pucuk ubi yang carik
  5. Masukkan garam, biarkan masak seketika
  6. Sedia dihidang

 

Tempoyak Goreng

Bahan-bahan:

20g Ikan bilis

50g tempoyak

2 biji bawang merah

2 biji bawang putih

Minyak masak

5 biji cili padi

2 biji cili merah

Garam

Gula

 

 

Cara memasak:

  1. 1. Panaskan minyak
  2. 2. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili yang dimayang halus
  3. 3. Masukkan ikan bilis dan tempoyak
  4. 4. Masak sehingga kecoklatan & letak sedikit gula
  5. 5. Sedia dihidang

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan