Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyantuni salah seorang dari penerima sumbangan. Foto: UKAS.

50 golongan asnaf terima sumbangan Ramadan daripada Ragad Foundation

ByElani Rosllan

KUCHING, 28 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyampaikan sumbangan Ramadan kepada golongan asnaf pada Isnin.

Seramai 50 orang golongan itu menerima sumbangan berkenaan pada Majlis Jalinan Kasih Ragad Foundation di Astana Negeri Sarawak pada Isnin.

Sumbangan berbentuk bakul makanan yang dilengkapi keperluan asas itu diyakini akan meringankan beban golongan kurang berkemampuan itu untuk menyambut Ramadan kali ini.

Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. Foto: UKAS.

Pada masa sama, Tun Abdul Taib dan Toh Puan Raghad turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah bersama tetamu jemputan.

Turut hadir, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak, Professor Dato Dr. Jamil Hamali dan Setiausaha Sulit Kanan kepada TYT Sarawak, Riziandy Nawawi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan