Search
Close this search box.
Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang melancarkan gimik perasmian semasa Majlis Pelancaran Trafik Warden MBM hari ini. Foto TVS.

Warden Trafik MBM bantu tangani kesesakan di Miri

MIRI, 27 Mac: Seramai tujuh anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah diberikan mandat dilantik sebagai Warden Trafik di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, pelantikan itu dilakukan bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak di kawasan sekitar bandaraya.

“Memandangkan bandaraya Miri semakin maju dan berkembang dengan kadar yang lebih pantas, masalah kesesakan lalu lintas pada waktu puncak di Pusat Perniagaan Daerah dan kawasan sekitarnya tidak dapat dielakkan,” katanya semasa Majlis Pelancaran Trafik Warden MBM hari ini.

Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang menerima cenderamata dari Pemangku Setiausaha Bandaraya Miri, Abdul Rahman Taupek semasa Majlis Pelancaran Trafik Warden MBM hari ini. Foto TVS.

Beliau berharap melalui pelantikan Pasukan Warden Trafik dapat memperbaiki masalah kesesakan jalan raya yang bukan sahaja berlaku pada waktu puncak, tetapi juga disebabkan sikap pemandu yang tidak bertimbang rasa.

“Anda semua pastinya bersetuju bahawa kesesakan lalu lintas adalah disebabkan oleh faktor manusia kerana adanya pemandu kereta yang tidak bertimbang rasa seperti meletakkan kenderaan secara sewenang-wenangnya di kawasan larangan.

“Oleh itu, dengan pelantikan Warden Trafik, kami berharap ia dapat memperbaiki kesesakan jalan raya. Tambahan pula, ada keadaan di mana kita boleh bergantung kepada mereka dalam hal kawalan lalu lintas yang lain,” katanya lagi.

Untuk rekod, pelantikan itu telah berkuatkuasa bermula pada 8 Oktober 2020, warden dilantik telah menjalani beberapa latihan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) pada Mac 2022, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada Januari 2023 dan bersama anggota polis trafik pada Februari 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan