Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2023 merosot kepada RM259.04 juta daripada RM460.88 juta. Foto: Astro

Untung bersih Astro Malaysia merosot kepada RM259 juta pada tahun kewangan 2023

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2023 merosot kepada RM259.04 juta daripada RM460.88 juta dicatatkan pada tahun sebelumnya selepas ia mencatatkan pendapatan yang rendah pada suku keempat.

Perolehan pada tahun tersebut berkurangan kepada RM3.80 bilion daripada RM4.18 bilion.

Pada suku keempat berakhir 31 Januari 2023, keuntungan bersihnya susut kepada RM54.75 juta daripada RM126.59 juta dicatatkan sebelum ini manakala perolehan dalam tempoh tersebut merosot 3.9 peratus kepada RM990.67 juta daripada RM1.03 bilion setahun sebelumnya.

“Penurunan perolehan pada suku tahun tersebut sebahagian besarnya (berikutan) penurunan pendapatan langganan dan pengiklanan serta jualan barangan, yang telah diimbangi oleh peningkatan dalam jualan hak program,” menurut Astro dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Euan Smith berkata, pelan transformasi Astro telah diteruskan pada tahun ini berikutan kumpulan terus melaksanakan struktur dan seni bina yang akan menentukan Astro pada masa depan.

“Kami mula melihat faedah daripada pelaburan dalam kandungan, produk, jaringan, pengiklanan dan perkhidmatan pelanggan, membawa syarikat secara agresif ke era penstriman baharu, atas permintaan,” katanya.

Smith berkata, pelanggan menstrim lebih banyak daripada sebelumnya di kotak Ultra dan Ulti serta di Astro GO, dengan rancangan atas permintaannya distrim meningkat 25 peratus tahun ke tahun kepada 660 juta.

Jumlah perbelanjaan pengiklanan (adex) naik 14 peratus suku kepada suku kepada RM126 juta dengan perayaan akhir tahun dan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 memacu prestasi yang kukuh di semua platform TV, radio dan digital.

Adex radio, TV dan digital, masing-masing sebanyak 73 peratus, 34 peratus dan 2 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan