Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas penjaga gol pasukan Sarawak United, Sharbinee Allawee. Foto: Facebook Sarawak United FC

Bekas pemain buntu, Sarawak United masih gagal lunas tunggakan gaji

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 27 Mac: Isu tunggakan gaji yang dihadapi barisan pemain dan kejurulatihan pasukan Sarawak United FC seolah masih belum ada sinar.

Menurut bekas penjaga gol pasukan itu Sharbinee Allawee, ketika ini beliau masih lagi menanti tunggakan gaji bagi tempoh tiga bulan.

“Kami masih lagi menunggu kerana mereka telah berjanji untuk melunaskan tunggakan gaji pada bulan Mac, akan tetapi sebaliknya masih belum ada sebarang reaksi dari pihak pengurusan,” ujar Sharbinee ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Sharbinee yang juga bekas penjaga gol kebangsaan menambah, sebilangan besar di kalangan mereka masih belum menerima tunggakan gaji setakat ini.

Sharbinee menyifatkan dugaan yang berpanjangan ini begitu berat untuk dilaluinya, memandangkan ada dapur yang memerlukan barangan keperluan dan ada perut keluarga yang perlu diisi.

Luahnya lagi, pihak bank sudah sering kali menuntut komitmen yang perlu dilunaskan seperti membayar bulanan rumah dan kereta.

“Kami sangat mengharapkan agar pihak pengurusan dapat menyelsaikan masalah ini dengan segera.

“Lebih-lebih lagi pada bulan puasa seperti ini banyak duit yang perlu digunakan untuk keperluan anak-anak bersekolah dan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri.” ujar Sharbinee.

Ketika ini Sharbinee tidak berkhidmat dengan mana- mana pasukan dan amat terkesan untuk menuntut hak bagi dirinya sebagai pemain yang pernah menyumbang kudrat untuk pasukan Sarawak.

Ogos tahun lalu pihak pengurusan Sarawak United FC menyatakan keyakinan untuk melunaskan bayaran tunggakan gaji pemain menjelang Mac tahun ini.

Presidennya, Dato Posa Majais berkata, pembayaran akan dilaksanakan menerusi dana pihak tertentu bagi menyelesaikan kemelut yang membelenggu pasukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan