Search
Close this search box.
Puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Foto: Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association

Polis tahan penyewa lelaki terlibat kes penemuan puluhan bangkai kucing

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Polis menahan seorang suspek lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, suspek berumur 31 tahun, yang merupakan penyewa rumah berkenaan ditahan di Cheras, semalam.

“Polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit dan suspek direman tiga hari mulai hari ini,” katanya ringkas kepada Bernama.

Sebelum ini, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.

Jumaat lepas, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun Facebooknya mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki tempatan.

Perbuatan itu terbongkar selepas jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah tersebut.

Sehubungan itu, MAA menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh berhubung perkara berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan