Search
Close this search box.
Saraswathy menyampaikan sumbangan Ramadan dari Koperasi Mamacare Sarawak Berhad kepada wakil penerima Surina Mohd. Foto: TVS

Wujud golongan warga Perak diusul dałam Parlimen – Saraswathy

KUCHING, 25 Mac: Cadangan bagi mewujudkan ‘warga perak’ iaitu kumpulan sebelum warga emas telah diusulkan Yang Dipertua Dewan Negara, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami.

Namun begitu, katanya cadangan tersebut masih diperingkat awal selain umum mengetahui Malaysia juga kekurangan tenaga pakar dalam bidang penjagaan warga emas.

“Saya ingin berkongsi satu perkara yang saya secara kebetulan terdengar di parlimen semasa sesi soal jawab iaitu Malaysia mengalami kekurang tenaga pakar dalam bidang penjagaan warga emas.

“Yang Dipertua Dewan Negara juga telah mencadangkan untuk diwujudkan kategori iaitu warga perak dan juga warga emas.

“Warga perak dicadangkan daripada umur 50 hingga 60 tahun manakala warga emas adalah yang berusia 60 tahun ke atas,” katanya.

Saraswathy berkata demikian selepas berucap di program ‘Walkabout’ Koperasi Mamacare Sarawak Berhad pada Sabtu.

Menurutnya usaha penjagaan warga emas antara antara cabaran besar untuk Kementerian Kesihatan Malaysia  ekoran kementerian itu bertanggungjawab dalam mewujudkan tenaga pakar dalam bidang penjagaan warga emas.

Pada waktu yang sama, beliau turut memuji usaha Koperasi Mamacare Sarawak Berhad untuk mewujudkan satu program bidang penjagaan warga emas selain bidang sedia ada iaitu penjagaan dan pengurusan ibu selepas bersalin.

Selain membantu meningkatkan ekonomi terutama dalam kalangan wanita dan golongan B40 menerusi latihan dan penawaran peluang pekerjaan, koperasi ini juga dalam rancangan untuk mengembangkan perkhidmatan tersebut ke dua negara terdekat iaitu Brunei dan Singapura pada masa hadapan.

Hadir sama Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawalselia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Siti Azlin Ahmad Dauta, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan negeri Sarawak Liew Liuk Chim dan Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga negeri Sarawak Shahriah Saharom. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan