Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol dan Fazzrudin Abdul Rahman mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak Liansin 2023 di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Teguran pengamal media sosial, dihargai – Abdullah

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 25 Mac: Inisiatif pengamal media sosial dalam menyalurkan maklumat di platform digital seperti Facebook amat dihargai, kata Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Menurut beliau, maklumat yang disalurkan oleh mereka yang bergelar wartawan tidak rasmi menerusi platform media sosial serta teguran golongan netizen turut diambil kira oleh para pemimpin di negeri ini.

“Kita hargai juga usaha mereka yang bersifat kritikal. Kita anggap ini merupakan teguran dan bersifat konstruktif agar wakil rakyat tidak merasa (selesa),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak Liansin 2023 di Metrocity, Matang pada Sabtu.

Namun tegas Abdullah situasi politik yang tenang di Sarawak memberi ruang kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan projek pembangunan yang tertangguh.

Justeru, beliau mengakui pengamal media tetap masih relevan dalam menyampaikan maklumat tidak kira menerusi pelbagai platform.

Dalam perkembangan lain, beliau mendedahkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri untuk mengemaskini perkembangan pembangunan di setiap bahagian.

“Ia sedang dijalankan dan Abang Johari akan mengadakan lawatan ke Sarikei pada Selasa seterusnya diikuti dengan bahagian lain,” katanya lagi.

Seterusnya, mengulas lanjut mengenai perolehan kereta hidrogen, Abdullah berkata ia merupakan perkara yang tidak perlu dibesar-besarkan kerana ia merupakan pengiktirafan Toyota kepada kerajaan negeri dalam memajukan industri hidrogen.

Malah katanya, perkara terbabit harus menjadi kebanggaan kerana syarikat ternama seperti Toyota menyerahkan kereta sebagai usaha memajukan sumber boleh diperbaharui dan tenaga hijau sperti hidrogen daripada Sarawak.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman, Pemangku Pengerusi Persatuan Jurugambar Akhbar Sarawak Chimpon Upon dan Pengarah Urusan Liansin Trading Sdn Bhd, Junaidi Ali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan