Search
Close this search box.
Juara Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Berpasukan Wanita Bawah 14 Tahun, Pusingan Akhir Asia/Oceania 2023, Jepun bergambar selepas sesi penyampaian Hadiah oleh Presiden Lawn Tennis Malaysia (LTAM) Mirzan Mahathir (tiga, kiri). Turut kelihatan Presiden Persatuan Lawn Tennis Sarawak (SLTA) Datuk Patrick Liew (empat, kanan). Foto: TVS

Jepun sahkan kejuaraan Tenis Remaja Dunia ITF Berpasukan Wanita Bawah 14 Tahun

ByTVS

KUCHING, 25 Mac: Pasukan Jepun tidak mempunyai masalah besar untuk menundukan Korea Selatan sekali gus dinobatkan sebagai Juara dalam Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Berpasukan Wanita Bawah 14 Tahun, Pusingan Akhir Asia/Oceania 2023.

Pasukan dari negara matahari terbit itu menang menerusi agregat 2-0 ke atas Korea Selatan dalam aksi final yang berlangsung di gelanggang tenis, Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di sini hari ini.

Mata pertama Jepun diperoleh pemain perseorangan pertamanya apabila Kokona Ishii yang menewaskan Oh Jiyun dengan 2-7, 7-6 ⁵ dan 6-0.

Manakala Hikari Yamamoto terus melengkapkan kemenangan Jepun apabila dengan mudah menundukkan perseorangan Korea Selatan, Choo Yesung menerusi straight set 6-2, 7-6 ¹ .

Sementara itu, Pasukan Australia mudah menundukkan pasukan Kazakhtan (2-0) bagi penentuan tempat ketiga kejohanan.

Mata Australia disumbangkan dua pemain perseorangannya iaitu Koharu Nishikawa yang menewaskan Sabina Shukratova (6-1, 6-2) manakala Renee Alame pula menundukkan Eva Korysheva (6-2, 6-1)

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Presiden Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Mirzan Mahathir dan Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan