Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Minyak diesel dipindahkan ke kapal tangki minyak dari kapal tongkang di Sungai Baong, Miri pada Khamis. Foto: IPD Miri

Dua jurugan kapal ditahan bersama 630,000 liter diesel

MIRI, 24 Mac: Dua juragan kapal ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan minyak diesel berjumlah 630,000 liter di tebingan Sungai Baong di sini pagi Khamis. 

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek merupakan lelaki tempatan ditahan bersama sebuah kapal minyak dan kapal tongkang dalam satu serbuan ‘ Ops Kontraban’.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12 Miri bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekitar 11.15 pagi.

“Semasa serbuan didapati kapal minyak tersebut sedang dalam proses melakukan pemindahan minyak diesel bersubsidi dari sebuah kapal tongkang.

“Apabila disoal-siasat, kedua-dua juragan terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah atas pemilikan minyak diesel berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Alexson, pihaknya kemudian merampas minyak diesel serta kedua-dua kapal tersebut dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM7,709,400.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen Akta Kawalan Bekalan 1961. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan