Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Hazland Abang Hipni bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum kawasan DUN Demak Laut selepas acara penyampaian watikah di Bangunan Baitul Makmur, Medan Raya, Kuching pada Rabu. Foto: Pejabat Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar.

25 KMKK DUN Demak Laut terima watikah pelantikan

KUCHING: Seramai 25 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut yang terdiri daripada penghulu dan ketua kaum telah menerima watikah pelantikan masing-masing.

Daripada jumlah itu, lima orang KMKK merupakan lantikan baharu, manakala 20 orang lagi dilanjutkan perkhidmatan, demikian menurut kenyataan media pejabat Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar.

Watikah lantikan disampaikan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni yang juga Ahli DUN Demak Laut pada satu majlis di sini pada Rabu.

Dalam ucapannya, Dr Hazland mengingatkan setiap KMKK agar memainkan peranan dan tugasan masing-masing seperti diamanahkan dengan jayanya.

Ini kerana KMKK merupakan mata dan telinga Kerajaan Sarawak dalam memastikan keadaan kampung dan taman sentiasa aman serta sejahtera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan