Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing bernilai US$101.7 bilion. Foto hiasan: Bernama

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$114 bilion pada 15 Mac 2023

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$114.0 bilion (US$1= RM4.47) pada 15 Mac 2023, dan paras rizab ini memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, bank pusat itu berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$101.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.9 bilion).

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM614.08 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM500.06 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.29 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.77 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM72.81 bilion).

BNM berkata bahawa modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM158.77 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.43 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM209.32 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.52 bilion), deposit lain (RM37.93 bilion), kertas Bank Negara (RM7.87 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.92 bilion). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan