Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni. Foto Bernama.

Parlimen: Pelbagai langkah atasi kekurangan parkir di hospital seluruh negara – Lukanisman

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan beberapa kekangan untuk menyelesaikan isu kekurangan tempat letak kereta yang kritikal di hospital seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, selain peruntukan, masalah kekurangan tanah dan kawasan kosong yang bersesuaian dalam kawasan hospital juga telah menghadkan usaha KKM untuk menambah kemudahan berkenaan.

Berkenaan peruntukan, beliau memberitahu ketika ini KKM memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan dan perubatan berbanding untuk membina tempat letak kereta.

“KKM sedia maklum isu ini dan bagi pembinaan bangunan baharu pada masa akan datang, kita akan pertimbangkan penyediaan tempat letak kereta tambahan untuk tampung keperluan namun bergantung kepada peruntukan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Alias Razak (Perikatan Nasional – Kuala Nerus) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk membina tempat parkir bertingkat di hospital kerajaan seluruh negara bagi menyelesaikan isu kekurangan tempat letak kereta yang kritikal.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, setakat ini KKM telah mengambil beberapa pendekatan termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta membabitkan penggunaan tempat letak kereta.

Sementara itu beliau turut memberitahu, KKM juga telah melaksanakan beberapa pilot projek termasuk menggunakan parkir modular yang menempatkan 500 kawasan parkir di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

“Di Hospital Selayang pula, kaedah mekanikal digunakan manakala di Pusat Jantung Serdang, kita bina parkir bertingkat untuk kakitangan dan pelawat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan