Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari melihat model kereta EV pada majlis program Ev-Fy Adoption di Kuching, Sarawak, Januari lepas. Foto JAPEN.

Parlimen: Pemain industri EV dipelawa ke Sarawak, miliki pelbagai kelebihan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pemain industri automatif terutamanya kenderaan elektrik (EV) dipelawa ke Sarawak yang memiliki pelbagai kelebihan untuk memacu sektor berkenaan.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, Sarawak mempunyai rizab tanah luas yang diperlukan oleh industri.

Pada masa sama katanya, Sarawak turut memiliki simpanan bekalan tenaga elektrik mencecah 10, 000 megawatt (MW) ketika ini.

“Selain itu, kita juga mempunyai sumber manusia yang bersedia, ramai rakyat Sarawak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

“Jika dilihat analisis, Sarawak sesuai (untuk peluasan industri VE),” katanya pada perbahasan Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Willie berkata, kerajaan perlu menilai kesediaan negara untuk menampung permintaan tenaga elektrik termasuk memastikan penjanaan elektrik negara mencukupi.

Katanya, di sebalik cita – cita kerajaan untuk memajukan industri EV, elemen penting yang mendorong sektor berkenaan iaitu kebolehjanaan elektrik perlu dipastikan mencukupi untuk menampung permintaan.

“Setakat ini kita mempunyai 900 stesen pengecas kenderaan EV di seluruh negara dan kerajaan sasar 10,000 pengecas,” katanya.

Sehubungan itu, Willie menyarankan agar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melihat peluang pelaburan yang ada di negeri – negeri tertentu berdasarkan potensi yang dimiliki negeri berkenaan.

“Sekiranya Kedah mempunyai banyak kawasan perindustrian, maka MITI boleh melihat kelebihan itu dan di Sabah yang berpotensi dalam bidang pelancongan, bangunkan industri pelancongan dan sebagainya di sana,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan