Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia kepada staf Majlis Bandaraya Kuching Selatan Linda Liao Vun Fah yang telah berkhidmat 43 tahun pada majlis penyampaian di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto: JaPen.

Penjawat awam perlu junjung tinggi budaya etika dan integriti – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 20 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penjawat awam perlu menjunjung tinggi budaya etika dan integriti serta komited dalam menjalankan tugas diamanahkan.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan perkhidmatan awam terus mendapat kepercayaan dan menjadi harapan kepada rakyat.

“Selaku tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, isu-isu salah laku penjawat awam seperti rasuah dan salah guna kuasa yang dipaparkan dalam media massa boleh menjejaskan imej dan dan kredibiliti perkhidmatan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam buku perutusan sempena Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Kuching 2023. Majlis yang berlangsung di sini hari ini, menyaksikan 710 penjawat awam menerima pingat masing-masing.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Abang Johari berkata lagi, penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia bertujuan untuk memberi penghargaan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dan Perkhidmatan Awam Persekutuan di atas sumbangan mereka yang tidak ternilai terhadap pembangunan Sarawak.

Jelasnya, tidak dapat dinafikan bahawa penjawat awam memainkan peranan amat penting dalam menentukan kejayaan pelaksanaan pelbagai dasar, strategi dan inisiatif yang telah dirancang Kerajaan Sarawak.

“Dalam usaha untuk menjayakan Strategi Pelan Pembangunan 2030 Pasca COVID-19, penjawat awam hendaklah sentiasa bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang relevan agar mampu menangani perubahan yang bakal berlaku di samping dapat menghasilkan kualiti tugas yang bermutu tinggi dan berinovasi,” ujarnya.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerusi perutusan dalam buku yang sama berkata, penjawat awam di Sarawak memainkan peranan amat penting dalam menjayakan wawasan Kerajaan Sarawak ke arah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Sehubungan itu, penjawat awam hendaklah memiliki kebolehan untuk mengadaptasi dengan pantas segala pengetahuan yang diperlukan untuk mempertingkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di Sarawak.

“Penjawat awam juga perlu bekerja sebagai satu pasukan dan sentiasa proaktif dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Kita perlu melengkapkan diri dengan kemahiran baharu, menguasai ilmu, berintegriti dan memanfaatkan diri dengan kemahiran baharu, menguasai ilmu, berintegriti dan memanfaatkan teknologi baharu untuk menghadapi cabaran dan terus kekal relevan dan berdaya saing,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan