Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Parlimen: KKM rancang naik taraf Hospital Kota Marudu sebagai hospital berpakar

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang untuk menaik taraf Hospital Kota Marudu, Sabah sebagai hospital berpakar secara berfasa dengan sasaran 10 kepakaran asas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, pada masa ini, hospital tersebut telah menerima perkhidmatan lawatan pakar di dalam 17 bidang kepakaran dan sub kepakaran bagi tujuan meningkatkan akses kepada perkhidmatan kepakaran.

“Namun begitu, perancangan ini memerlukan koordinasi membabitkan segi pembangunan infrastruktur serta pertambahan sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung perkhidmatan kepakaran yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Datuk Wetrom Bahanda (KDM – Kota Marudu) yang ingin tahu perancangan pihak kementerian untuk menaik taraf Hospital Kota Marudu memandangkan ia merupakan hospital tumpuan di Pantai Barat Utara di Sabah.

Sehubungan itu, menurut Lukanisman, KKM sebelum ini telah memutuskan untuk menukar skop projek yang telah diluluskan pada Rolling Plan Pertama (RP1) dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), iaitu projek naik taraf sistem kejuruteraan hospital kepada pembinaan blok tambahan hospital.

“Ia merupakan skop cadangan yang lebih komprehensif dan sebanyak 200 katil tambahan turut akan diberikan termasuk kelengkapan pengimejan diagnostik.

“Enam unit ambulans yang masih beroperasi sepenuhnya dan KKM akan memperuntukkan dua lagi unit ambulans jenis B yang dijangka bakal diterima pada penghujung tahun ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan