Search
Close this search box.
Sambutan Hari Polis ke-216 peringkat IPD Limbang di perkarangan IPD Limbang hari ini. Foto TVS.

IPD Limbang giat banteras kes jenayah, perangi dadah

LIMBANG, 20 Mac: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang terus giat membanteras dan mengurangkan jenayah selain memerangi penyalahgunaan dadah daripada berleluasa dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan bersama di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot menjelaskan bagi kesalahan dadah, hasil penguatkuasaan, operasi dan risikan yang dijalankan seramai 317 orang ditangkap sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 307 orang yang ditangkap dalam tempoh sama pada 2021, iaitu meningkat sebanyak 15 orang yang ditangkap melibatkan kes penyalahgunaan dadah.

“Dari segi jenayah narkotik pula, seramai 317 orang ditangkap pada tahun lepas, berbanding sebanyak 307 orang pada tahun 2021, iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 15 orang ditangkap melibatkan kes penyalahgunaan dadah.

“Seramai 101 orang ditangkap di atas kesalahan memiliki dadah dan disiasat di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika ditemui media selepas Sambutan Hari Polis ke-216 di pekarangan IPD Limbang hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL), Kaunselor Sufian Mohat.

Parum berkata, dalam tempoh kajian pada tahun 2021 dan 2022, indeks jenayah kekerasan di Daerah Limbang menunjukkan penurunan sebanyak empat kes, kes jenayah rogol meningkat sebanyak satu kes iaitu dua kes bagi tahun 2021 dan meningkat tiga kes bagi tahun 2022.

Selain itu katanya, bagi kes mendatangkan kecederaan pula menunjukkan penurunan sebanyak tiga kes bersamaan 75 peratus, iaitu empat kes tahun 2021 dan pada tahun 2022 mencatat satu kes sahaja.

Katanya, bagi jenayah harta benda menunjukkan penurunan sebanyak dua kes dan kes curi motosikal meningkat sebanyak satu kes iaitu dua kes tahun 2021 dan tiga kes sepanjang 2022.

“Untuk jenayah komersial pula bagi tempoh kajian Januari Disember 2021 hingga 2022 menunjukkan penurunan sebanyak empat kes daripada 49 kes pada tahun 2021, menurun sebanyak 45 kes pada tahun 2022,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan