Search
Close this search box.
Zulkipli Suhaili dan Joseph Chieng Jin Ek melancarkan kod QR perkhidmatan pelanggan pada Sambutan Hari Polis ke-216 di Sibu, hari ini. Foto TVS.

Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu lancar kod QR, usaha tingkatkan kualiti perkhidmatan

SIBU, 20 Mac: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu melancarkan kod respon pantas atau kod QR bagi meninjau kepuasan pelanggan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata sebelum ini, tinjauan berkenaan dilaksanakan secara manual iaitu melalui peti aduan yang diletakkan di semua balai polis di bawah pentadbiran IPD  Sibu.

Menurutnya, orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR tersebut dan mengisi borang google yang tersedia dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

“Orang ramai yang berurusan dengan polis, kod QR tersebut kita akan tampal di sudut yang strategik. Anda hanya perlu imbas kod QR. Saya akan melakukan tinjauan terhadap perkhidmatan polis kepada masyarakat berdasarkan maklum balas masyakarat setelah mengisi pautan google itu.

“Saya akan pastikan perkhidmatan pelanggan kepada masyarakat di Sibu ini kita dapat pertingkatkan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Polis ke-216 peringkat IPD Sibu dan Pelancaran Kod QR Perkhidmatan Pelanggan di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting Ing Horh, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Sempurai Petrus Ngelai, Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad dan Temenggong Stanley Geramong.

Zulkipli turut menegaskan bahawa pihaknya akan memastikan perkhidmatan polis di Sibu dapat dipertingkatkan sama ada dari segi kepuasan, kecekapan dan maklum balas.

Beliau turut menekankan maklum balas secara imbasan kod QR itu juga bukan sahaja untuk mendapatkan maklum balas daripada orang awam malah ia juga menjadi tempat menyalurkan informasi berkenaan kegiatan jenayah.

“Saya ada pasukan untuk memantau aduan yang dibuat oleh masyarakat,” katanya.

Seramai 360 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai perarakan di IPD Sibu yang menyaksikan 46 orang menerima sijil penghargaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan