Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Perasmian Stesen Minyak Bersepadu PETROS di Mukah, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Projek bekalan air bersih di Daro akan diteruskan untuk industri tempatan – Abang Johari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 19 Mac: Usaha melaksanakan projek bekalan air bersih di Daro akan diteruskan terutamanya untuk pembangunan industri tempatan khususnya industri pembinaan kapal, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau menegaskan adalah wajar bagi industri pembinaan kapal terutamanya di kawasan berdekatan di sungai seperti kawasan Paloh dan Tanjung Manis yang bakal menjadi hab pelabuhan.

“Daro akan terus membangun berikutan tahap infrastruktur yang telah kita siapkan melalui jalan pesisir pantai dan jambatan yang akan disiapkan dalam tempoh dua tahun akan datang. Ini akan membuka kawasan ini yang berpotensi dari sudut pertanian, perkapalan dan perikanan.

“Sekiranya ekonomi kita berkembang pesat di bawah seliaan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA), maka ia akan mewujudkan banyak sektor ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Stesen Minyak Bersepadu PETROS di sini, hari ini.

Baca artikel berkaitan >>>> Delta Rajang berpotensi jadi satu kawasan ekonomi baharu

Sementara itu, Abang Johari berkata, perkhidmatan Stesen Minyak Bersepadu PETROS itu akan diperluaskan di daerah lain seperti Pusa, Sibu, dan Kapit pada masa akan datang.

Katanya, Stesen Minyak Bersepadu PETROS di Daro itu adalah persediaan sahaja kerana Kerajaan Sarawak kini tengah menggalakkan orang ramai mengenai penukaran daripada bahan api fosil kepada elektrik, termasuk bahan api hidrogen, kepada kenderaan berkuasa serta tidak mencemarkan alam sekitar.

“Kami mulakan dengan elektrik terlebih dahulu untuk membolehkan orang ramai menggunakan teknologi baharu dalam kenderaan. Kami juga akan mengawal pengurangan karbon yang lebih mampan untuk alam sekitar,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Stesen Minyak Bersepadu PETROS merupakan stesen mengisi minyak pelbagai bahan api kedua SEDC Energy selepas pembukaan stesen utamanya di Darul Hana di Kuching tahun lepas.

Stesen di Daro itu adalah stesen pelbagai bahan api Dealer Owned, Dealer Operated (DODO) (stesen dimiliki dan diusahakan peniaga) yang pertama seumpamanya di landskap bandar Sarawak.

Menerusi kenyataan media syarikat itu, stesen itu juga merupakan langkah pertamanya untuk mengembangkan rangkaian menerusi pengambilan peniaga yang berminat mengusahakan stesen mengisi minyak pelbagai bahan api DODO di seluruh Sarawak, termasuk di kawasan luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan