Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap di Majlis Perasmian Stesen Minyak Bersepadu Petros di Daro, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Delta Rajang berpotensi jadi satu kawasan ekonomi baharu

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 19 Mac: Delta Rajang bakal menjadi satu kawasan ekonomi baharu yang boleh menyumbang kepada sumber pendapatan Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, setakat ini perancangan sedang dibuat, namun beliau masih belum dapat mengumumkannya lagi buat masa sekarang.

https://youtu.be/DJD0R6GNTC0

“Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) yang dipengerusikan Datuk Len Talif Salleh sedang giat melakukan kajian mengenai sumber ekonomi baharu itu.

“Saya belum boleh mengumumkannya terlebih dahulu tetapi Datuk Len tahu ada yang saya mahu buat tetapi tak boleh diberitahu sekarang. Satu sumber kewangan akan datang dari kawasan ini,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Stesen Minyak Bersepadu Petros di Daro, hari ini.

 

Stesen Minyak Bersepadu Petros yang dirasmikan di Daro hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Katanya, beliau tidak mahu merahsiakan perkara tersebut namun risau ada sesetengah pihak akan menuduhnya menipu sekiranya tidak melaksanakan perancangan berkenaan.

“Biar saya uruskan dengan betul dahulu, ini akan memberi pendapatan kepada Sarawak kerana ia merupakan ekonomi baharu.

“Mungkin kawasan ini boleh menjadi seperti Arab. Itulah bayangan saya berikan kepada teka-teki berhubung dengan perancangan ini,” jelasnya.

Pada masa sama, Abang Johari juga turut menyatakan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk membangunkan bangunan Pejabat Daerah baharu di sini bersempena dengan Jubli Emas Daerah Daro.

“Pejabat Daerah ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah perkhidmatan Mesin Juruwang Automatik (ATM) serta kuarters pegawai.

“Kuarters ini akan kita lengkapkan dengan fasiliti-fasiliti senaman dan tempat mendobi untuk kemudahan pegawai yang menetap di sini, konsep bangunan Pejabat Daerah Daro ini juga akan diperluaskan ke kawasan lain pada masa hadapan,” tambahnya.– TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan