Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita 2023 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak. Foto: TVS

Subsidi yuran pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bermula April ini

ByMuqri Aziz

KUCHING, 18 Mac: Subsidi yuran pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak tahun ini bakal dinikmati oleh seramai 2,500 kanak-kanak mulai April depan, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) itu mendedahkan subsidi tersebut memperuntukkan kadar RM1,000 bagi seorang kanak-kanak setahun.

Beliau menyifatkan subsidi tersebut akan meringankan tanggungan kewangan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) Swasta.

“Dengan kerjasama rakan strategik seperti KEMAS, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sarawak dan Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak Swasta, KPWK telah berjaya memperluaskan akses kepada pendidikan awal di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di sini, hari ini.

Khabar baik itu menurut Fatimah susulan inisiatif subsidi tersebut telah diluluskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Ogos 2022 lalu.

“Premier Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM2.5 juta untuk subsidi yuran pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak pada tahun ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fatimah memberitahu kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak dipinggir sehubungan itu sebanyak 39 Tadika SeDidik telah menerima 94 orang kanak-kanak berkeperluan khas di Sarawak.

“SeDidik merupakan IPAKK yang pertama yang mengajar bahasa isyarat dan kemahiran mereka telah ditunjukkan diawal majlis semasa nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.

“Peratus penyertaan kanak-kanak Tahun 1 dalam TADIKA/Prasekolah menunjukkan peningkatan yang signifikan daripada 93.22 peratus pada 2018 kepada 98.86 peratus pada tahun 2022,” jelasnya.

Menurutnya lagi, ini adalah hasrat Kerajaan Sarawak dalam mempromosikan kepelbagaian, keterangkkuman dan peluang yang sama untuk semua dan usaha ini perlu dilakukan dari peringkat usia semuda mungkin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan