Search
Close this search box.
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Perodua Axia. Foto: BBP Song.

Seorang parah empat cedera, dua kenderaan bertembung

SONG, 17 Mac: Seorang lelaki parah manakala empat yang lain cedera ringan dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan bertembung di Jalan Temalat Song pada Jumaat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Andy Alie berkata mangsa yang cedera parah ditemui tersepit di dalam kenderaan yang dinaikinya.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.58 petang sejurus itu seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Song) telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian mendapati dua buah kereta dipercayai telah bertembung dan terdapat seorang lelaki berusia 35 tahun berada dalam keadaan tersepit dalam kereta Perodua Axia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

“Anggota bomba telah bertindak menggunakan peralatan RTA Telescopic Ram untuk megeluarkan mangsa yang tersepit manakala seorang lagi lelaki berusia 58 yang berada dalam keadaan separuh sedar di tempat duduk belakang turut dikeluarkan dengan selamat,” katanya.

Sementara tiga lagi mangsa berusia 55 hingga 72 tahun termasuk pemandu kereta Proton Saga berusia 55 tahun yang cedera ringan telah dibawa oleh pasukan Ambulans ke Klinik Kesihatan Song untuk menerima rawatan selanjutnya.

Sementara itu, Ibu pejabat Polis Daerah Song ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Seramai empat anggota polis dari IPD Song dan tiga anggota pasukan klinik Kesihatan Song terlibat dalam operasi tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan