Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad yang baharu, Ruslan Abdul Ghani di pejabatnya hari ini. Foto: TVS.

Premier Sarawak terima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holding Berhad baharu

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 16 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad yang baharu, Ruslan Abdul Ghani di pejabatnya pada Khamis.

Perbincangan dalam kunjungan itu menjurus kepada kerjasama Kumpulan Pelabuhan Bintulu serta usaha kerajaan Sarawak memacu pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan.

Pada masa yang sama, perbincangan tersebut turut tertumpu kepada penerokaan peluang pelaburan baharu dan juga berkongsi berpotensi yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Untuk rekod, Ruslan Abdul Ghani mula menyertai Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad pada 1 Mac 2023, menggantikan Dato Mohammad Medan Abdullah yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 28 Februari 2023.

Menurut jurucakap kumpulan syarikat tersebut, Ruslan merupakan seorang pemimpin industri yang berpengalaman dalam industri minyak dan gas.

Ruslan berazam untuk mendorong pertumbuhan dan mencipta nilai kepada pemegang saham serta pelanggan dalam memastikan syarikat akan terus kekal di barisan hadapan rantaian pelabuhan dan logistik.

Turut hadir Ketua Perkhidmatan Korporat Kumpulan, Maslihah Tioh, Penolong Eksekutif kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nhaddya Wahed dan Pengurus Komunikasi Korporat Pelabuhan Bintulu, Halfi Ideris. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan