Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat perempuan ditemui di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan. Foto; PDRM.

Warganegara asing ditahan susulan kes penemuan mayat gadis 15 tahun

SANDAKAN, 14 Mac: Seorang lelaki warganegara asing ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat remaja perempuan berumur 15 tahun di Kampung Forest, Batu 1 Setengah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata suspek berumur 22 tahun itu telah ditahan sekitar jam 12.30 tengahari tadi berhampiran lokasi kejadian.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya telah menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang perempuan tanpa pakaian di kawasan setinggan Kampung Forest lebih kurang pukul 10 pagi.

“Sejurus menerima maklumat, saya dan pasukan dari IPD Sandakan telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mayat seorang remaja perempuan ditemui di dalam kawasan semak dan berlumpur.

“Mangsa seorang remaja perempuan berumur 15 tahun merupakan bukan warganegara Malaysia telah ditemui mati dipercayai dibunuh,” katanya dalam satu kenyataan di Sandakan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Abdul Fuad meminta  orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Dalam masa yang sama, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan gambar atau video mayat mangsa kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk bedah siasat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan