Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Setiausaha Tetap MEITD, Anielia Siam berucap semasa Bengkel Undang-Undang Buruh di Miri pada hari ini. Foto: TVS

SWIS, lindungi hak pekerja di Sarawak

MIRI, 14 Mac: Kerajaan Sarawak memperkenalkan Sistem Maklumat Tenaga Kerja Sarawak (SWIS) dalam menetapkan standard minimum pengurusan buruh merangkumi inisiatif pemindaan undang-undang untuk melindungi hak pekerja di negeri ini.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) Anielia Siam berkata kerajaan Sarawak giat berusaha mempromosikan SWIS ketika ini.

“Apabila kita menyentuh berkenaan dengan industri kita, SWIS amat penting meskipun belum lagi nampak hasilnya. Apabila kita ingin membangunkan ekonomi sesebuah negeri, kita perlu melakukan perancangan terlebih dahulu yang terbaik bagi keperluan kita dan bukan hanya berasaskan cita-cita kita.

“Kita mempromosikan SWIS ini kepada banyak industri dalam pelbagai platform seperti tenaga buruh ini,” katanya semasa Bengkel Undang-Undang Buruh di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Selasa.

Selain usaha memperkenalkan kaedah SWIS katanya kerajaan optimis sistem berkenaan dapat menarik ramai pelabur dalam usaha membangunkan pelbagai industri di Sarawak.

Justeru itu ujarnyaKerajaan Sarawak melalui kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengatur corak SWIS agar relevan kepada masayarakat.

Peserta yang menghadiri Bengkel Undang-Undang Buruh di Miri pada hari ini. Foto: TVS

Justeru, menurutnya bagi mengimplementasikan pemindaan undang-undang ini, perancangan lebih awal bagi mengumpul data dan statistik dari semua syarikat di Sarawak perlu dijalankan.

“Kerajaan Sarawak menyasarkan sebanyak 800 syarikat akan mendaftar di dalam SWIS pada tahun ini.”

“Rancangan kita ialah kita memerlukan pengendali mikro kerana kita merancang dengan data yang kita ada. Kita perlu tahu berapa sebenarnya yang kita ada kerana data adalah kritikal dan semua orang ingin tahu mengenainya,” jelasnya.

Terdahulu sesi bengkel terbabit menyaksikan sebanyak 150 syarikat di daerah Miri turut serta.

Untuk rekod setakat ini, sejumlah 236 syarikat di seluruh negeri telah mendaftar di dalam SWIS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan