Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi menyempurnakan Majlis Pelancaran Skim Net Energy Metering (NEM) di Hainton Residences pada Selasa. 📸 Faitullah Morni (TVS)

Perumahan pintar di Samariang, projek pertama Skim Pemeteran Tenaga Bersih di Sarawak

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 14 Mac: Premis Perumahan Pintar Berinovasi di Samariang dilengkapi Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) tampil sebagai projek perumahan pertama di Sarawak yang menggunakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi, perumahan baharu 15 unit kediaman itu akan dilengkapi dengan pemasangan Solar Photovoltaic (solar PV) yang akan disambungkan ke Grid Elektrik Sarawak berdasarkan Garis Panduan Skim NEM yang telah diperkenalkan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi pada Ogos 2021.

Julaihi mengakui inovasi berkenaan bertepatan dengan hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menekankan pembangunan hala tuju Agenda Hijau di negeri ini.

Beliau memberitahu, skim NEM merupakan satu mekanisme pengebilan bagi pengguna solar PV menjana dan mengeksport kembali tenaga elektrik ke grid elektrik berdasarkan pengimbangan ‘one-on-one’ offset.

“Ini bermakna 1 kilowatt jam (kWj) yang dieksport ke grid akan diimbangi dengan 1 kWj yang digunakan daripada grid. Kaedah ini akan mengurangkan bil elektrik pengguna.”

“Sistem solar PV dengan penjanaan terkumpul 244 kilowatt-peak (kwp) akan dipasang di perumahan ini. Jumlah kuasa yang akan diekspot ke grid adalah dianggarkan sehingga 279 ribu kilowatt-jam setahun.

“Penjanaan ini akan meningkatkan kapasiti terpasang dan peratusan penjanaan campuran (generation mix) tenaga boleh baharu grid yang digunakan untuk menampung keperluan pengguna lain termasuk di sektor komersial dan industri,” katanya pada Majlis Pelancaran Skim Solar Net Energy Metering (NEM) Perumahan Samariang, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap pelancaran Skim NEM di perumahan dengan sokongan daripada syarikat utiliti Sarawak akan membuka jalan untuk lebih banyak pembangunan seumpama ini di Sarawak.

Projek perumahan yang dilancarkan hari ini merupakan kolaborasi pertama antara industri iaitu Gabungan Binaan Jurutenaga Sdn. Bhd. dan ahli akademik iaitu University of Technology Sarawak dengan sokongan Sarawak Energy sebagai agensi pelaksana skim NEM di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan