Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah bersama Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Futurise, Rosihan Zain Baharudin melancarkan “Certified Unmanned Aircraft System (C-UAS) and Manned Electric Vertical Take-off and Landing (eVTOL) National Regulatory Sandbox (NRS)” di Cyberjaya, hari ini. Foto: Ministry of Transport Malaysia (FB).

Kumpulan kerja C-UAS, e-VTOL ke arah mencapai mobiliti udara termaju

ByBernama

CYBERJAYA, 14 Mac: Malaysia telah mengorak langkah ke arah kesediaannya mencapai teknologi Mobiliti Udara Termaju (AAM) dengan pelancaran kumpulan kerja untuk Sistem Kapal Udara Tanpa Pemandu Diperakui (C-UAS) dan pesawat udara elektrik lepas dan darat vertikal berpemandu (e-VTOL).

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata beberapa inisiatif telah digariskan untuk memacu pertumbuhan ekosistem dron di negara ini dan ia termasuk dalam AAM.

Beliau berkata mod baharu bagi pengangkutan udara, yang berasaskan pelepasan dan pendaratan menegak, diramal menjadi pengangkutan udara masa depan yang menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar, dan teknologi AAM turut membentuk semula sektor logistik serta pengangkutan yang akan membawa kepada pengurangan ketara dalam kos dan masa selain meningkatkan keselamatan.

“Teknologi AAM memerlukan perancangan dan pembangunan yang terperinci dari segi perundangan dan peraturan,” katanya ketika melancarkan kumpulan kerja bagi C-UAS dan e-VTOL di sini hari ini.

Beliau berkata kumpulan kerja itu terdiri daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia  (CAAM) sebagai pengawal selia teknikal dan pakar daripada pemain industri seperti pengeluar pesawat, pengendali lapangan terbang menegak (vertiports) dan pakar daripada institusi akademik.

AAM ialah ekosistem penerbangan baharu yang memanfaatkan pesawat baharu yang revolusioner dan rangkaian luas teknologi inovatif untuk mengangkut orang dan barangan dengan selamat, cepat, mampu milik serta mampan di antara destinasi tempatan, serta menghubungkan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan pengangkutan sedia ada.

Hasbi berkata inisiatif di bawah Kawal Selia Sandbox Negara itu akan memperkukuh lagi agenda kerajaan untuk menyokong ekosistem UAS dan menjana hingga RM50.71 bilion dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.

“Kementerian Pengangkutan berharap pemain industri kita akan terus proakitf membangunkan AAM sebagai konsep baharu pengangkutan udara dengan terma rujukan yang jelas bagi mencapai objektifnya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan