Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa ditemui timbul di permukaan sungai pada jam 6.30 petang Isnin. Foto: IPD Belaga

Hilang ketika menangkap ikan, mayat ditemui terapung di Sungai Peliran, Murum

BELAGA, 14 Mac: Lelaki yang dilaporkan hilang semasa aktiviti menangkap ikan pada Jumaat lalu ditemui lemas di Sungai Peliran, Murum pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Belaga Deputi Superintendan (DSP) Rohana Nanu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mangsa kira-kira jam 6.30 petang semalam.

“Mayat mangsa telah timbul sendiri ke permukaan air pada jarak kira-kira 800 meter dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan 300 meter dari lokasi perahu mangsa dijumpai pada jam 8 pagi Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, siasatan awal pihak polis mendapati mayat merupakan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Leonard Seki Anthony Wini berusia 29 tahun dan berasal dari RH Balang Natu 15, Jalan Bintulu-Miri.

Perahu yang digunakan mangsa ditemui terbalik di Sungai Peliran, Murum pada pagi Ahad. Foto: IPD Belaga

Terdahulu katanya, satu laporan polis telah diterima daripada seorang pengadu yang merupakan rakan mangsa pada jam 12.30 tengah malam Sabtu lalu.

“Berdasarkan laporan pengadu, seramai tujuh orang termasuk mangsa telah pergi menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat di sungai berkenaan namun mangsa yang menjala ikan disedari tidak balik ke khemah pada jam 7 petang hari yang sama,” jelasnya.

Rohana menambah usaha rakan-rakan mencari mangsa telah dilakukan di sekitar kawasan sungai tersebut namun tidak berhasil.

Menurutnya, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diteruskan sehingga hari ketiga pencarian bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga meliputi radius satu kilometer dari PKTK di sepanjang teb‌ing Sungai Peliran.

“Mayat mangsa telah berjaya dinaikkan ke darat pada jam 8.30 malam pada Isnin dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Seterusnya kata Rohana mayat telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan