Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Sungai Bedaun di Jalan Sultan Tengah, Kuching. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Siap-siaga hadapi sebarang bencana impak perubahan iklim – Uggah

ByMuqri Aziz

KUCHING, 12 Mac: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meminta semua pihak bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana impak daripada perubahan iklim.

Menurutnya, walaupun musim monsun telah berakhir pada Februari lalu, namun tanda-tanda hujan berterusan yang berlaku di Kuching dan Simunjan masih lagi berlaku.

“Pada masa ini nampaknya banjir berlaku di Bahagian Kuching dan Simunjan tetapi kita tidak tahu pusingan angin yang baharu berkemungkinan impak daripada perubahan iklim.

“Jadi kita mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk bersiap-siaga bukan hanya menghadapi bencana banjir tapi juga tanah runtuh serta jalan terputus akibat hujan lebat,” kata beliau ketika ditemui media selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Sungai Bedaun dan Kampung Sungai Lumut hari ini.

Pada masa sama, Uggah turut mengingati penduduk setempat di kawasan yang sering banjir untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi sebarang bencana.

“Jadi, saya hendak memberitahu pada mereka yang penduduk di tempat yang kerap berlaku banjir, untuk sentiasa bersiap-siaga supaya kalau ada berlaku bencana banjir yang mengejut untuk mengambil tindakan tertentu.

“Kita turut telah mengarahkan semua jawatankuasa termasuk agensi-agensi yang terlibat iaitu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian untuk bersiap-siaga,” ujarnya lagi.

Sehingga jam 8 malam ini, tiada penambahan jumlah mangsa dikedua-dua PPS di mana seramai 60 mangsa daripada 11 keluarga di tempatkan di PPS Dewan Kampung Sungai Bedaun manakala PPS Dewan Sinaran Lumut pula menempatkan seramai 31 mangsa daripada tujuh keluarga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sehingga jam 6.55 petang meramalkan tiada amaran hujan di negeri Sarawak sehingga hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan