Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee (enam kanan) merakam gambar bersama kakitangan dan kanak-kanak Tabika Kemas Kampung Merdang Lumut. Foto: TVS

Kemas pastikan suasana kondusif untuk pendidikan awal kanak-kanak

KOTA SAMARAHAN, 12 Mac: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan terus memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan awal dalam suasana yang kondusif dan selesa.

Justeru, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, kerajaan telah membina bangunan baharu Tabika Kemas di Kampung Merdang Lumut bagi menggantikan bangunan lama.

“Untuk Tabika Kemas ini, ia boleh menampung 25 kanak-kanak pada satu sesi. Saya juga dimaklumkan bahawa Tabika ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat,” katanya selepas Perasmian Bangunan Baharu Tabika Kemas Kampung Merdang Lumut di sini, semalam.

Menurut Rodiyah, pembinaan Tabika tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Samarahan (JKR) sebagai agensi pelaksana melibatkan kos sebanyak RM488,589.

“Projek tersebut mula dilaksanakan pada 16 Oktober 2018 mengambil masa 10 bulan dan siap sepenuhnya pad 15 Ogos 2019,” ujarnya.

Bagaimapun, katanya, urusan penyerahannya tertangguh seketika disebabkan pandemik COVID-19 sebelum diserahkan sepenuhnya kepada Kemas pada 13 Februari lalu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan