Search
Close this search box.
Pasukan bomba membawa keluar mayat Mamod Shukur Belal Husin, 4, selepas ditemukan lemas di dalam sebuah lombong di Kampung Permatang Kedundung, Tikam Batu, hari ini. Foto: JBPM Kedah

Dua beradik mati lemas dalam lombong

SUNGAI PETANI, 12 Mac: Dua beradik lelaki berusia empat dan enam tahun ditemukan mati dipercayai lemas dalam kejadian di sebuah lombong di Kampung Permatang Kedundung, Tikam Batu, di sini hari ini.

Mayat mangsa, Mamod Shukur Belal Husin yang berketurunan Rohingya dijumpai kira-kira jam 8.05 pagi, manakala mayat abangnya, Muhammad Nazeri ditemukan jam 2.45 petang oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Syukri Hashim, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9 malam tadi yang memaklumkan dua kanak-kanak dikhuatiri lemas.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian menemukan pakaian dipercayai milik mangsa berdekatan lokasi kejadian sebelum melakukan usaha pencarian secara permukaan.

“Seorang mangsa lemas telah dijumpai dalam jarak kira-kira 400 meter daripada tebing lombong iaitu kanak-kanak berusia empat tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mayat kedua ditemukan kira-kira jam 2.45 petang oleh pasukan SAR.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi urusan bedah siasat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan