Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto: TVS

Banyakkan Program Literasi, tingkat kadar celik huruf

SIBU, 12 Mac: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menggesa lebih banyak Program Literasi dilaksanakan di Sarawak bagi meningkatkan kadar celik huruf di negeri ini.

Menurut beliau, Program Literasi bukan sahaja boleh meningkatkan kadar celik huruf di Sarawak, malah juga memberi peluang kedua kepada golongan buta huruf demi masa depan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan sijil dan hadiah kepada gelandangan di Bengkel Train The Trainer: Program Literasi Orang Dewasa di Sibu hari ini. Foto: TVS

Jelasnya, melalui program sebegini yang dijalankan bukan sahaja di bandar, malah juga di kawasan luar bandar, mampu memastikan kanak-kanak dapat belajar membaca dan juga menawarkan kepada warga emas yang tidak berpeluang untuk bersekolah.

“Dari segi statistik yang saya bacakan tadi iaitu dari Malaysia dan Sarawak, pada tahun 2010 ialah 92 peratus (Sarawak) lebih rendah dari kebangsaan 93.5 peratus. Maknanya kita di Sarawak masih perlu menjalankan Program Literasi dewasa ini sama ada oleh pihak Pustaka atau pihak KEMAS dan lain.

“Ia memang sangat dialu-alukan sebab membaca itu jambatan ilmu dan membaca memberi satu keyakinan diri kepada seorang,” jelas beliau  ketika ditemui media di Bengkel Train The Trainer: Program Literasi Orang Dewasa di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu turut menyeru agar golongan buta huruf  untuk tampil tanpa mengira usia dan mengunakan peluang yang ada sekiranya program tersebut dijalankan di kawasan mereka.

“Bukan mudah untuk seseorang yang tidak pandai membaca yang berusia untuk tampil ke hadapan untuk belajar membaca sebab ada perasaan malu.

“Tapi sebenarnya yang kita nak terangkan dalam kelas literasi dewasa ini, oleh kerana tidak berpeluang bersekolah jadi tidak pandai membaca, jadi sekarang bila ada peluang tersebut jangan rasa malu, jangan rasa rendah diri sebab bukan salah dia sebab keadaan, beliau tidak berpeluang,” ujarnya lagi. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan